Friday 23 September 2011

Ikan Tahai

Ikan Tahai

Ikan Tahai adalah sejenis yang disalai dan menjadi makanan kegemaran bagi penduduk Limbang dan Lawas. Diketahui bahawa ikan tahai ini adalah daripada jenis ikan tamban. Ikan ini dijual mengikut musim. Sekiranya tiba musim ikan tahai, maka harganya sekitar RM7 - Rm12 sekilo tetapi boleh mencecah sehingga RM24 - RM30 sekilo pada luar musim.

Ikan tahai boleh disimpan lama. Dipelbagaikan dalam masakan dan yang paling digemari adalah Sambal Ikan Tahai. Ikan tahai juga sedap dimakan begita saja.

Sambal Ikan Tahai

Monday 12 September 2011

Buluh


Pokok buluh atau nama botaninya Bambusa sp tumbuh subur di Malaysia. Pokok buluh banyak kegunaannya. Selain rebung pokok buluh yang boleh dimakan, batang buluh juga boleh dijadikan sebagai perabot, permainan dan tempat memasak. Kini menjadikan pokok buluh sebagai pokok hiasan telah menjadi trend kepada masyarakat.



Pokok Buluh


keratan batang buluh



persedian untuk memasak lemang & ayam pansuh

batang buluh yang siap sedia untuk diisi beras pulut & isi ayam

lemang & ayam pansuh

lemang

lemang

ayam pansuh
Manok pansuh atau ayam pansuh yang dimasak di dalam buluh adalah sejenis masakan yang semakin digemari oleh masyarakat luar Sarawak. Ayam yang dimasak di dalam buluh ini adalah masakan tradisional daripada masyakarat kaum Iban. Aroma masakan di dalam buluh ini membangkitkan selera kepada sesiapa sahaja.




Wednesday 7 September 2011

orkid cattleya


Setelah sekian lama menanti akhirnya orkid cattleya berbunga. Pada mulanya tidak perasan pun. Warnanya yang cantik dan menarik. Andainya arwah nenek masih ada, pasti arwah pun suka.