Tuesday 11 October 2011

Ikan Terubuk Masin

peniaga ikan terubuk

Sebut saja Pasar Satok secara atomatik pasti tergambar ikan terubuk masin.  Ikan terubuk masin amat popular dikalangan peniaga di Pasar Satok. Bagi pelancong dari luar Sarawak pasti tidak ketinggalan membeli buah tangan dari Kuching untuk diri sendiri mahupun keluarga & rakan-rakan.


ikan terubuk masin


Ikan terubuk dijual dengan harga yang berpatutan mengikut saiz dan jenis. Ada yang dijual RM10 untuk 2 ekor, 3 ekor, 4 ekor malah 5 ekor. Ada juga yang dijual seekor RM7 hingga RM18. Sekiranya ikan terubuk tempatan boleh mencecah RM30 sekilogram. Rasa ikan terubuk tempatan atau bekawal lebih sedap berlemak.


telur ikan terubuk masin

Telur ikan terubuk juga tidak kurang enaknya. Tetapi harga telurnya boleh mencecah RM100 sekilo. Mudah saja untuk menyediakan masakan telur ikan terubuk. Sama ada dikukus ataupun digoreng dengan kuantiti minyak yang sedikit. 



ikan terubuk masin dikukus bersama telurnya
ikan terubuk goreng



Monday 10 October 2011

THE SHAKER

Aktiviti yang telah dilakukan secara berkumpulan semasa menghadiri kursus Supervisor in Action di TMTC Kuching pada 4 & 5 Oktober 2011.


Ini pula adalah ahli kumpulan The Shaker.

barisan belakang: Zizan, Carl & Ryan Ng
barisan depan: Puan Gina, Puan Jijot & Puan Haslyn
(Abdul Rahim tiada dalam gambar)
Ahli kumpulan yang sporting & ceria. Hanya sekali kumpulan kami memenangi ganjaran sepanjang kursus ini dijalankan tetapi kerjasama yang diberikan amat baik. Terima kasih kepada semua ahli Kumpulan Shaker. Diharap suatu hari kita akan bersua lagi. 

Cinta Muka Buku



Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooh..
Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu oohh..
Benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo...
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo...
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku