Saturday 24 March 2012

Siri ke 3

Alhamdulillah dalam usiaku meniti permulaan 30 tahun pada tanggal 23 Mac 2012. Bermulalah siri ke 3 dan tidak akan dapat diputar kembali. Terima kasih kepada mak & ayah yang telah banyak berkorban dan menyokongku dalam kehidupan selama ini.


Segala suka duka telah kami lalui bersama dan alhamdulillah keluarga kami aman damai. Jika diimbas kembali zaman kanak-kanak, kadangkala aku merasakan tidak puas untuk menikmatinya. Semuanya berlalu dengan pantas tanpa disedari.


Permulaan siri 3 ini, aku berazam untuk menjadi seorang yang lebih matang dan mempelajari untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. Banyak kekurangan dalam diriku yang perlu diperbaiki. Untuk mendapat satu keputusannya, tidak dapat dilakukan dengan drastik. Biarlah perlahan-lahan dulu.


Selain itu juga, aku berharap jodohku akan kesampaian. Kini aku siap sedia untuk memikul tanggungjawab dalam sesebuah rumahtangga. Semoga Allah akan kurniakan jodoh yang baik kepadaku walaupun aku bukanlah seorang lelaki yang baik. Diharapkan kekuranganku dapat ditampung dengan kelebihan pasanganku untuk menjadi sempurna.


hari terakhir pada usiaku 29 tahun

terkini pada 23.03.2012

Sunday 11 March 2012

garfield



Tanggal 29.02.2012, tika keluar dari toilet aku ada mendengar bunyi anak kucing. Tercari-cari hinggalah berjaya kutemui. Menjadi persoalan, bagaimana anak kucing boleh berada dalam bilik SAR sedangkan pintu bilik itu ditutup dan tiada lubang untuk mana-mana kucing keluar masuk.

Aku panggil Eejan & Shadan untuk misi menyelamat. Pada mulanya, aku serahkan kepada Shadan untuk membawa anak kucing itu balik. Akhirnya Syukor yang membawa anak kucing itu balik dan dinamakan sebagai Garfield.

Entah berapa hari Garfield tidak makan mahupun minum. Aku telah belikan makanan untuk anak kucing. Pada hari pertama aku bawakan Garfield ke rumah Shadan untuk menumpang ibu susu kucing. Tetapi malangnya, ibu kucing tersebut tidak mahu untuk menyusukan Garfield. Aku bawa ke office dan suapkan makanan. Rakus sekali Garfield makan hinggakan jari-jariku dihisapnya. Tentu lapar. Selepas itu, aku letakkan di tingkat bawah sekiranya ada ibu kucing yang akan membawanya kembali ke sarang. Tetapi tiada dan aku putuskan untuk membawanya pulang.

Semalam, tiba-tiba Garfield rebah. Aku cuba lakukan terbaik untuk menyelematkannya. Seperti tiada harapan untuk dia hidup. Dengan semangat yang ada, Garfield melawan dan berbunyi seperti biasa. Alhamdulillah.. umur kau masih dipanjangkan.

Hari ini, tika tengahari seperti biasa untuk membersihkan ruang tidurnya, Garfield dalam keadaan agak lemah. Aku perhatikan kaki dan seluruh badannya sejuk kebiruan. Aku selimutkan Garfield untuk memanaskan badannya.

Masuk waktu maghrib, Garfield pergi dan tidak akan kembali lagi. Aku sedih dan menitis air mata semasa Garfield dikebumikan. Aku redha dengan pemergian Garfield. Semoga kau tenang di sana.

Garfiled baru lepas mandi

Sunday 4 March 2012

Air Oh Air


04.03.2012 seluruh penduduk Miri kecoh dengan bekalan air dari loji Lambir dihentikan. Ini adalah disebabkan berlakunya pencemaran tumpahan minyak diesel di Sungai Liku. Khabar angin bertiup kencang di halaman FB, bekalan air akan ditutup selama 3 hari.


Maka penduduk Miri pun bergegas ke pasaraya dan kedai-kedai berdekatan untuk membeli bekalan air bersih. Pada masa inilah peniaga mula mencekik darah pengguna. Pada hari biasa, harga sekotak air meneral botol saiz besar sekitar RM8.50. Dalam musibah yang berlaku ini, sekotak air mineral boleh mencecah sekitar RM30-RM40 sekotak. Ada rakan FB memberitahu, ada air mineral berharga RM70 sekotak yang dibawa dari negara Brunie Darussalam.



Pada mulanya aku malas nak ambil tahu tentang masalah air ini. Bagiku, mungkin hanya khabar angin semata-mata. Tapi apabila difikir semula, tidak mustahil akan ketiadaan air selama 3 hari. Dalam bekerja aku curi-curi balik ke rumah untuk menadah air untuk simpanan selama 3 hari. Sekadar cukup untuk membersihkan diri dan sebagai minuman. Dalam masa itu, timbul pula berita bahawa air di rumah tidak bersih. Dikhuatiri tercemar. Alahai.. Apa-apa pun aku tidak ambil peduli. Asalkan ada air dalam simpanan di rumah. 


Jika air kembali pulih seperti biasa pun, atleast air dalam simpananku boleh diguna semula. Tidaklah aku membazir wang untuk mendapatkan air mineral berkotak-kotak.

Semalam air kembali pulih sekitar jam 9.00 malam. Walaupun tekanan rendah atleast air masih lagi mengalir. Manusia memang cepat panik apabila berlaku musibah. Belum lagi dengan berita kekurangan gula, minyak masak, tepung.

Jika diimbas semula, setiap musibah berlaku ada hikmahnya. Mungkin sebagai peringatan daripada pencipta kepada hamba-Nya. Selain itu peristiwa ini memberitahu kepada diri kita sendiri untuk menghargai AIR. Tanpa elektrik kita masih mampu untuk meneruskan kehidupan tetapi tanpa air segalanya akan menjadi kelam kabut.