|
peniaga ikan terubuk |
Sebut saja Pasar Satok secara atomatik pasti tergambar ikan terubuk masin. Ikan terubuk masin amat popular dikalangan peniaga di Pasar Satok. Bagi pelancong dari luar Sarawak pasti tidak ketinggalan membeli buah tangan dari Kuching untuk diri sendiri mahupun keluarga & rakan-rakan.
|
ikan terubuk masin |
Ikan terubuk dijual dengan harga yang berpatutan mengikut saiz dan jenis. Ada yang dijual RM10 untuk 2 ekor, 3 ekor, 4 ekor malah 5 ekor. Ada juga yang dijual seekor RM7 hingga RM18. Sekiranya ikan terubuk tempatan boleh mencecah RM30 sekilogram. Rasa ikan terubuk tempatan atau bekawal lebih sedap berlemak.
|
telur ikan terubuk masin |
Telur ikan terubuk juga tidak kurang enaknya. Tetapi harga telurnya boleh mencecah RM100 sekilo. Mudah saja untuk menyediakan masakan telur ikan terubuk. Sama ada dikukus ataupun digoreng dengan kuantiti minyak yang sedikit.
|
ikan terubuk masin dikukus bersama telurnya |
|
ikan terubuk goreng |