*Disclaimer: the views expressed on this website are mine alone and do not reflect the views of my employer
Thursday, 12 April 2012
Monday, 2 April 2012
Kepentingan Air
Air merupakan keperluan yang sangat penting dalam tubuh badan
manusia yang diperlukan sehingga akhir hayat. Kita perlu memberi perhatian
tentang kebaikan meminum air. Amalan meminum air dapat mencegah dari
pendehidratan dan juga dapat mengekalkan pembuangan air besar. Amalan ini juga
dapat menjaga kesihatan kulit dan juga rambut kita.
Keperluan air dalam badan yang di perlukan oleh lelaki
adalah 65% manakala bagi perempuan pula memerlukan 55%. Air
memainkan peranan penting dalam tubuh badan yang mana air berfungsi
untuk melaraskan suhu tubuh badan, sebagai agen pengangkut nutrien
dan oksigen ke seluruh sel tubuh badan. Air juga melindungi sendi serta
organ dan tisu. Oleh kerana itu tanpa makanan manusia boleh hidup selama 8
minggu, tetapi tanpa air manusia hanya mampu bertahan selama 3 hari sahaja.
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza
mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan
air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70
peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82
peratus kandungan darah membabitkan air.
Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu
hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini
berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan
nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin
boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum
sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air
bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan
dan sayur-sayuran.
Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan
sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah
ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat
tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita
kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau
selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air
menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan
jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.
Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan
air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang
sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi.
Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum
lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan
unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga
digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan
badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya,
proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air
dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada
kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk
menggalakkan pembuangan air berlebihan.
Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin
ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak
berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya
bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus
dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa
disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai
alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri
kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh
berkumpul membentuk batu karang.
Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak
dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam
badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air
meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh
menyebabkan:
Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada
skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa
mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan
Jadi apabila seseorang itu membuat keputusan untuk
mengambil NUTRISI HERBALIFE, maka akan disarankan pengambilan air
yang banyak mengikut berat badan seseorang. NUTRISI
HERBALIFE berfungsi bersama-sama AIR yang cukup.
W.W.W.H.W.
Mulai April 2012, maka dengan rasminya aku umumkan produk Herbalife yang digunakan untuk aku mengurangkan berat badan. Alhamdulillah setelah berusaha selama 2 bulan sebanyak 10kg berjaya dihapuskan.
Untuk mengurangkan berat badan bukanlah merupakan usaha yang mudah. Banyak rintangan dan dugaan yang perlu dilalui. Oleh itu aku amalkan konsep W.W.W.H.W.
W-hat
W-hy
W-hen
H-ow
W-ho
What
Apakah matlamatku? Untuk mengurangkan berat badan. Adakah hanya dengan meletakkan matlamat mengurangkan berat badan satu matlamat yang jelas atau tidak? Sebenarnya, matlamat ini kurang jelas. Andainya berat badan berkurang hanya 500g saja, adakah berjaya? Ya memang berjaya tetapi keputusannya tetap gagal.
Oleh itu, aku setkan "Saya ingin mengurangkan berat badan dari 86kg ke 70kg.
Why
Kenapa aku perlu kurangkan berat badan? Apabila beratku mencecah lebih 80kg, setiap kali bergerak aku cepat letih. Kadangkala di hadapan komputer boleh terlelap. Ini adalah tanda-tanda awal kolestrol dalam badanku. Selain itu, pakaianku juga semakin sendat. Kurang keyakinan diri apabila berada di khalayak ramai. Oleh itu, aku memilih untuk mengurangkan berat badan untuk kesihatan diri dan meningkatkan keyakinan diri.
When
Bila aku akan bermula? Selepas mendengar dan mendapat maklumat tentang produk ini, aku terus mulakan dengan serta merta. Sasaranku untuk mencapai matlamat berat yang ideal 70kg dalam masa 4 bulan.
Seandainya keputusan berat badanku berjaya dikurangkan dalam tempoh 12 bulan adakah misiku berjaya? Ya memang berjaya tetapi masih kurang jelas. Ini mungkin aku tidak komited dengan komitmen untuk mencapai matlamatku. Oleh itu, aku setkan 4 bulan untuk mencapai sasaran itu.
How
Bagaimana untuk mencapai impian ini? Dengan pengambilan produk Herbalife dapat membantu aku untuk mencapai matlamat. Selain itu, aku kena tingkatkan dengn usaha lain seperti melakukan aktiviti sihat seperti bersenam, berkebun untuk mempercepatkan proses mengurangkan berat badan.
Who
Siapa yang dapat membantu untuk mencapai impianku? Coach aku, Noorazan Morshidi yang membantu aku untuk mencapai matlamat. Sebelum bermula, beliau akan mengukur berat, ketinggianku sebelum bermula. Dari situ, dapat dipantau setiap minggu sama ada berjaya dikurangkan atau sebaliknya.
Selain itu, sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan juga penting. Percaya pada diri sendiri untuk mencapai matlamat ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)