Kalau perempuan
tidak boleh memasak, dikutuk
dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay
saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa
hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak
kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang
anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka
jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat
belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan
keluarga sebaliknya disuruh menumpukan
perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal
di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan
tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan
kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar
memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si
gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-
geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang
wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama
menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau
ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin
ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur
sebagai perkara utama dan ungkapan hendak
memikat suami, perlu pikat seleranya sering
diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu
berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam
rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji
isteri lebih tinggi daripada suami. Namun
kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa
walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari
ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di
komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan
sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan
setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh
perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.
Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu
kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,
belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga
sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman
perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu
bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang
lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang
menjadikan sembahyang jemaah di rumah
bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain
keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka
bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki
tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident
menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak
sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan
isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia
dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga
menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang
rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana
masyarakat memberatkan wanita perlu pandai
memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus
boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka
sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi
mangsa queen control. Kalau tidak pandai,
belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar,
apa salahnya lelaki..
No comments:
Post a Comment