Monday 2 April 2012

Kepentingan Air


Air merupakan keperluan yang sangat penting dalam tubuh badan manusia yang diperlukan sehingga akhir hayat. Kita perlu memberi perhatian tentang kebaikan meminum air. Amalan meminum air dapat mencegah dari pendehidratan dan juga dapat mengekalkan pembuangan air besar. Amalan ini juga dapat menjaga kesihatan kulit dan juga rambut kita.


Keperluan air dalam badan yang di perlukan oleh lelaki adalah 65% manakala bagi perempuan pula memerlukan 55%. Air memainkan peranan penting dalam tubuh badan yang mana air berfungsi untuk melaraskan suhu tubuh badan, sebagai agen pengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh sel tubuh badan. Air juga melindungi sendi serta organ dan tisu. Oleh kerana itu tanpa makanan manusia boleh hidup selama 8 minggu, tetapi tanpa air manusia hanya mampu bertahan selama 3 hari sahaja.


Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.


Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.


Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.


Berapa banyak air yang kita perlukan?


Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.


Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.


Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.


Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.


Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.


Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.


Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.


Kesan kekurangan cecair


Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Jadi apabila seseorang itu membuat keputusan untuk mengambil NUTRISI HERBALIFE, maka akan disarankan pengambilan air yang banyak mengikut berat badan seseorang. NUTRISI HERBALIFE  berfungsi bersama-sama AIR yang cukup. 






W.W.W.H.W.

Mulai April 2012, maka dengan rasminya aku umumkan produk Herbalife yang digunakan untuk aku mengurangkan berat badan. Alhamdulillah setelah berusaha selama 2 bulan sebanyak 10kg berjaya dihapuskan.

Untuk mengurangkan berat badan bukanlah merupakan usaha yang mudah. Banyak rintangan dan dugaan yang perlu dilalui. Oleh itu aku amalkan konsep W.W.W.H.W.

W-hat
W-hy
W-hen
H-ow
W-ho

What
Apakah matlamatku? Untuk mengurangkan berat badan. Adakah hanya dengan meletakkan matlamat mengurangkan berat badan satu matlamat yang jelas atau tidak? Sebenarnya, matlamat ini kurang jelas. Andainya berat badan berkurang hanya 500g saja, adakah berjaya? Ya memang berjaya tetapi keputusannya tetap gagal.

Oleh itu, aku setkan "Saya ingin mengurangkan berat badan dari 86kg ke 70kg.

Why
Kenapa aku perlu kurangkan berat badan? Apabila beratku mencecah lebih 80kg, setiap kali bergerak aku cepat letih. Kadangkala di hadapan komputer boleh terlelap. Ini adalah tanda-tanda awal kolestrol dalam badanku. Selain itu, pakaianku juga semakin sendat. Kurang keyakinan diri apabila berada di khalayak ramai. Oleh itu, aku memilih untuk mengurangkan berat badan untuk kesihatan diri dan meningkatkan keyakinan diri.

When
Bila aku akan bermula? Selepas mendengar dan mendapat maklumat tentang produk ini, aku terus mulakan dengan serta merta.  Sasaranku untuk mencapai matlamat berat yang ideal 70kg dalam masa 4 bulan.

Seandainya keputusan berat badanku berjaya dikurangkan dalam tempoh  12 bulan adakah misiku berjaya? Ya memang berjaya tetapi masih kurang jelas. Ini mungkin aku tidak komited dengan komitmen untuk mencapai matlamatku. Oleh itu, aku setkan 4 bulan untuk mencapai sasaran itu.

How
Bagaimana untuk mencapai impian ini? Dengan pengambilan produk Herbalife dapat membantu aku untuk mencapai matlamat. Selain itu, aku kena tingkatkan dengn usaha lain seperti melakukan aktiviti sihat seperti bersenam, berkebun untuk mempercepatkan proses mengurangkan berat badan.

Who
Siapa yang dapat membantu untuk mencapai impianku? Coach aku, Noorazan Morshidi yang membantu aku untuk mencapai matlamat. Sebelum bermula, beliau akan mengukur berat, ketinggianku sebelum bermula. Dari situ, dapat dipantau setiap minggu sama ada berjaya dikurangkan atau sebaliknya.

Selain itu, sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan juga penting. Percaya pada diri sendiri untuk mencapai matlamat ini.