Monday 2 April 2012

Kepentingan Air


Air merupakan keperluan yang sangat penting dalam tubuh badan manusia yang diperlukan sehingga akhir hayat. Kita perlu memberi perhatian tentang kebaikan meminum air. Amalan meminum air dapat mencegah dari pendehidratan dan juga dapat mengekalkan pembuangan air besar. Amalan ini juga dapat menjaga kesihatan kulit dan juga rambut kita.


Keperluan air dalam badan yang di perlukan oleh lelaki adalah 65% manakala bagi perempuan pula memerlukan 55%. Air memainkan peranan penting dalam tubuh badan yang mana air berfungsi untuk melaraskan suhu tubuh badan, sebagai agen pengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh sel tubuh badan. Air juga melindungi sendi serta organ dan tisu. Oleh kerana itu tanpa makanan manusia boleh hidup selama 8 minggu, tetapi tanpa air manusia hanya mampu bertahan selama 3 hari sahaja.


Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.


Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.


Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.


Berapa banyak air yang kita perlukan?


Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.


Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.


Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.


Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.


Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.


Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.


Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.


Kesan kekurangan cecair


Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Jadi apabila seseorang itu membuat keputusan untuk mengambil NUTRISI HERBALIFE, maka akan disarankan pengambilan air yang banyak mengikut berat badan seseorang. NUTRISI HERBALIFE  berfungsi bersama-sama AIR yang cukup. 






W.W.W.H.W.

Mulai April 2012, maka dengan rasminya aku umumkan produk Herbalife yang digunakan untuk aku mengurangkan berat badan. Alhamdulillah setelah berusaha selama 2 bulan sebanyak 10kg berjaya dihapuskan.

Untuk mengurangkan berat badan bukanlah merupakan usaha yang mudah. Banyak rintangan dan dugaan yang perlu dilalui. Oleh itu aku amalkan konsep W.W.W.H.W.

W-hat
W-hy
W-hen
H-ow
W-ho

What
Apakah matlamatku? Untuk mengurangkan berat badan. Adakah hanya dengan meletakkan matlamat mengurangkan berat badan satu matlamat yang jelas atau tidak? Sebenarnya, matlamat ini kurang jelas. Andainya berat badan berkurang hanya 500g saja, adakah berjaya? Ya memang berjaya tetapi keputusannya tetap gagal.

Oleh itu, aku setkan "Saya ingin mengurangkan berat badan dari 86kg ke 70kg.

Why
Kenapa aku perlu kurangkan berat badan? Apabila beratku mencecah lebih 80kg, setiap kali bergerak aku cepat letih. Kadangkala di hadapan komputer boleh terlelap. Ini adalah tanda-tanda awal kolestrol dalam badanku. Selain itu, pakaianku juga semakin sendat. Kurang keyakinan diri apabila berada di khalayak ramai. Oleh itu, aku memilih untuk mengurangkan berat badan untuk kesihatan diri dan meningkatkan keyakinan diri.

When
Bila aku akan bermula? Selepas mendengar dan mendapat maklumat tentang produk ini, aku terus mulakan dengan serta merta.  Sasaranku untuk mencapai matlamat berat yang ideal 70kg dalam masa 4 bulan.

Seandainya keputusan berat badanku berjaya dikurangkan dalam tempoh  12 bulan adakah misiku berjaya? Ya memang berjaya tetapi masih kurang jelas. Ini mungkin aku tidak komited dengan komitmen untuk mencapai matlamatku. Oleh itu, aku setkan 4 bulan untuk mencapai sasaran itu.

How
Bagaimana untuk mencapai impian ini? Dengan pengambilan produk Herbalife dapat membantu aku untuk mencapai matlamat. Selain itu, aku kena tingkatkan dengn usaha lain seperti melakukan aktiviti sihat seperti bersenam, berkebun untuk mempercepatkan proses mengurangkan berat badan.

Who
Siapa yang dapat membantu untuk mencapai impianku? Coach aku, Noorazan Morshidi yang membantu aku untuk mencapai matlamat. Sebelum bermula, beliau akan mengukur berat, ketinggianku sebelum bermula. Dari situ, dapat dipantau setiap minggu sama ada berjaya dikurangkan atau sebaliknya.

Selain itu, sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan juga penting. Percaya pada diri sendiri untuk mencapai matlamat ini.




Saturday 24 March 2012

Siri ke 3

Alhamdulillah dalam usiaku meniti permulaan 30 tahun pada tanggal 23 Mac 2012. Bermulalah siri ke 3 dan tidak akan dapat diputar kembali. Terima kasih kepada mak & ayah yang telah banyak berkorban dan menyokongku dalam kehidupan selama ini.


Segala suka duka telah kami lalui bersama dan alhamdulillah keluarga kami aman damai. Jika diimbas kembali zaman kanak-kanak, kadangkala aku merasakan tidak puas untuk menikmatinya. Semuanya berlalu dengan pantas tanpa disedari.


Permulaan siri 3 ini, aku berazam untuk menjadi seorang yang lebih matang dan mempelajari untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. Banyak kekurangan dalam diriku yang perlu diperbaiki. Untuk mendapat satu keputusannya, tidak dapat dilakukan dengan drastik. Biarlah perlahan-lahan dulu.


Selain itu juga, aku berharap jodohku akan kesampaian. Kini aku siap sedia untuk memikul tanggungjawab dalam sesebuah rumahtangga. Semoga Allah akan kurniakan jodoh yang baik kepadaku walaupun aku bukanlah seorang lelaki yang baik. Diharapkan kekuranganku dapat ditampung dengan kelebihan pasanganku untuk menjadi sempurna.


hari terakhir pada usiaku 29 tahun

terkini pada 23.03.2012

Sunday 11 March 2012

garfield



Tanggal 29.02.2012, tika keluar dari toilet aku ada mendengar bunyi anak kucing. Tercari-cari hinggalah berjaya kutemui. Menjadi persoalan, bagaimana anak kucing boleh berada dalam bilik SAR sedangkan pintu bilik itu ditutup dan tiada lubang untuk mana-mana kucing keluar masuk.

Aku panggil Eejan & Shadan untuk misi menyelamat. Pada mulanya, aku serahkan kepada Shadan untuk membawa anak kucing itu balik. Akhirnya Syukor yang membawa anak kucing itu balik dan dinamakan sebagai Garfield.

Entah berapa hari Garfield tidak makan mahupun minum. Aku telah belikan makanan untuk anak kucing. Pada hari pertama aku bawakan Garfield ke rumah Shadan untuk menumpang ibu susu kucing. Tetapi malangnya, ibu kucing tersebut tidak mahu untuk menyusukan Garfield. Aku bawa ke office dan suapkan makanan. Rakus sekali Garfield makan hinggakan jari-jariku dihisapnya. Tentu lapar. Selepas itu, aku letakkan di tingkat bawah sekiranya ada ibu kucing yang akan membawanya kembali ke sarang. Tetapi tiada dan aku putuskan untuk membawanya pulang.

Semalam, tiba-tiba Garfield rebah. Aku cuba lakukan terbaik untuk menyelematkannya. Seperti tiada harapan untuk dia hidup. Dengan semangat yang ada, Garfield melawan dan berbunyi seperti biasa. Alhamdulillah.. umur kau masih dipanjangkan.

Hari ini, tika tengahari seperti biasa untuk membersihkan ruang tidurnya, Garfield dalam keadaan agak lemah. Aku perhatikan kaki dan seluruh badannya sejuk kebiruan. Aku selimutkan Garfield untuk memanaskan badannya.

Masuk waktu maghrib, Garfield pergi dan tidak akan kembali lagi. Aku sedih dan menitis air mata semasa Garfield dikebumikan. Aku redha dengan pemergian Garfield. Semoga kau tenang di sana.

Garfiled baru lepas mandi

Sunday 4 March 2012

Air Oh Air


04.03.2012 seluruh penduduk Miri kecoh dengan bekalan air dari loji Lambir dihentikan. Ini adalah disebabkan berlakunya pencemaran tumpahan minyak diesel di Sungai Liku. Khabar angin bertiup kencang di halaman FB, bekalan air akan ditutup selama 3 hari.


Maka penduduk Miri pun bergegas ke pasaraya dan kedai-kedai berdekatan untuk membeli bekalan air bersih. Pada masa inilah peniaga mula mencekik darah pengguna. Pada hari biasa, harga sekotak air meneral botol saiz besar sekitar RM8.50. Dalam musibah yang berlaku ini, sekotak air mineral boleh mencecah sekitar RM30-RM40 sekotak. Ada rakan FB memberitahu, ada air mineral berharga RM70 sekotak yang dibawa dari negara Brunie Darussalam.



Pada mulanya aku malas nak ambil tahu tentang masalah air ini. Bagiku, mungkin hanya khabar angin semata-mata. Tapi apabila difikir semula, tidak mustahil akan ketiadaan air selama 3 hari. Dalam bekerja aku curi-curi balik ke rumah untuk menadah air untuk simpanan selama 3 hari. Sekadar cukup untuk membersihkan diri dan sebagai minuman. Dalam masa itu, timbul pula berita bahawa air di rumah tidak bersih. Dikhuatiri tercemar. Alahai.. Apa-apa pun aku tidak ambil peduli. Asalkan ada air dalam simpanan di rumah. 


Jika air kembali pulih seperti biasa pun, atleast air dalam simpananku boleh diguna semula. Tidaklah aku membazir wang untuk mendapatkan air mineral berkotak-kotak.

Semalam air kembali pulih sekitar jam 9.00 malam. Walaupun tekanan rendah atleast air masih lagi mengalir. Manusia memang cepat panik apabila berlaku musibah. Belum lagi dengan berita kekurangan gula, minyak masak, tepung.

Jika diimbas semula, setiap musibah berlaku ada hikmahnya. Mungkin sebagai peringatan daripada pencipta kepada hamba-Nya. Selain itu peristiwa ini memberitahu kepada diri kita sendiri untuk menghargai AIR. Tanpa elektrik kita masih mampu untuk meneruskan kehidupan tetapi tanpa air segalanya akan menjadi kelam kabut.



Monday 20 February 2012

Sesaat Kau Datang

Pertama kali aku mendengar lagu tok dah jatuh suka. Macam ada kaitan dengan aku jak sebelum tok. Walaupun....


Ramlah Ram feat. Sleeq: Sesaat Kau Datang


Wednesday 1 February 2012

Baucar Buku 1Malaysia


Nasib baik sempat aku amik Baucar Buku 1 Malaysia di OUM. Bolehlah aku memanfaatkan baucar RM200 di kedai buku kelak.


Tuesday 31 January 2012

cabaran

Semakin hari berat badanku semakin bertambah dengan jayanya. Sahabatku, Zairil pun dah menegur keadaan fizikalku selepas selang 3 minggu kamek duak manning di Mulu. Huhuhu... Tang cepat jak aku membiakkan lemak-lemak dalam tubuh badanku.


Riso nyawa kamek eh.. Sabtu lepas, aku melihat foto Ngah Ajan. "Kurus juak ow. Kali foto lamak kata dalam hatiku." Hmm.. rupa-rupanya yalah foto terkininya. Berjaya kurangkan berat badannya dari 109kg ke 77kg.


Macam biasalah, aku mula mengorek rahsia. Jawapannya adalah:

Ada pelbagai jenis perisa


Aku pun berminat juak. Dengan harga yang berbaloi bagi aku untuk memulakan proses Weight Loss sik salah untuk mencuba dan komited. Mun diikut set permulaan RM400 ++. Tetapi aku hanya mengambil set RM296 jak. 


Toklah foto terkini aku dengan berat badanku 86kg. Foto tok pake aku bandingkan dengan keputusan akan datang.
Semoga usaha aku ini akan berjaya. Targetku untuk membuang sebanyak yang boleh. 

Monday 30 January 2012

Aku Maafkan Kamu


Jamal Abdillah & Malique

Ayatul Kursi


JOM SAHABAT SEMUA, KITA AMALKAN AYAT KURSI :)
Ayat Kursi:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi

2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu

3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat

4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...

5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. 

Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yang mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat..

wallahualam

Sunday 29 January 2012

aWaN naNo

Anugerah Juara Lagu ke 26 telah menobatkan lagu Awan Nano juara nyanyian daripada Hafiz. Komposer Dato' M. Nasir & Buddi Hikayat.

Juara AJL26 bersama AG & Usop 

Persembahan Hafiz semasa final. Hanya berkaki ayam, t-shirt & seluar tracksuit. Kesenimbungan daripada video klip asalnya. Fenomena baru dicetuskan oleh Hafiz. 


Johan Raja Lawak dalam versinya. Sempoi


Saturday 28 January 2012

ReUnion 5 Science 1 & 2 (2009)


Setelah 10 tahun meninggalkan SMK Tun Abang Haji Openg, pertama kali kami membuat reunion 5 Sains 1 & 2. 

Segala kenangan manis sejak kami berada di tingkatan 1 hinggalah tamat persekolahan.

Semoga persahabatan ini akan terus terjalin dan panjang umur pasti akan reunion mega menyusul lagi.

Buahan di Mulu

Di Mulu juga terdapat beberapa jenis buah-buahan bermusim. Kadangkala harganya murah kadangkala harganya mahal jikalau terdapat permintaan ramai.

dabai

Kebiasaannya buah dabai ini popular di bahagian Sibu, Sarawak. Jika dahulu, harga buah dabai ini hanya sekitar RM8 sekilo tetapi kini boleh mencecah sehingga RM25 sekilo. Di Mulu juga terdapat buah dabai yang ditanam oleh  penduduk tempatan. Harganya sekitar RM5-RM8 sekilogram. Rasanya berlemak.

pulasan

Bagi mereka yang tidak pernah melihat buah ini pasti akan ada yang mengatakan buah ini adalah rambutan. Buah pulasan juga terdiri daripada keluarga rambutan cuma bezanya kulit buah pulasan agak tebal. Rasanya enak & manis.

pulasan


asam mang

Asam mang dan ada juga orang memanggil sebagai buah bang. Berkulit tebal dan isinya sama seperti buah mangga. Baunya amat kuat. Buah ini sedap jika disediakan seperti kerabu dan ada juga yang menjadikan buah ini sebagai jem.

durian

Durian si raja buah. Di mana saja buah ini boleh didapati. Buah ini nampak camtik pada luaran akan tetapi isinya.. alahai sekali..



Tidak tahu bagaimana untuk menerangkan buah ini. Menurut penduduk tempatan, rasa buah ini  seperti vanilla. Jika kulitnya sudah masak dengan warna kecoklatan, isinya bolehlah dimakan begitu sahaja.

langsat

Teringat dengan rancangan Masterchef Malaysia apabila Chef Nik tidak dapat mebezakan langsat dan duku. Buah duku lebih besar daripada langsat.

rambutan

Ini barulah buah rambutan. Bezanya dengan buah pulasana dari segi rerambutnya, isi dan kulit.

Wednesday 18 January 2012

tOmpOk


17.01.2012 Tompok buat hal lagi. Setelah sekian lama tidak dimandikan apabila keadaan cuaca tidak menentu. Akhirnya dapat jua mandi manda, waxing dan divacuum. Hehehe... 
Ada yang tertanya-tanya siapakah Tompok? Ini ler Tompokku sayang.

Tompok

Mungkin terkejut setelah lama tidak bermain air dan dikilatkan. Sampai terdemam-demam. Alahai kesian...

Hari ini kena hantar ke 'hospital' dengan menggunakan 'ambulance'. Alhamdulillah nasib baik hanya sakitnya tidak serius. Pihak workshop hanya bagitau overflow je. Walaupun Tompokku hanyalah sebuah kereta biasa-biasa saja, jasanya tetapku kenang sampai bila-bila. Jangan sakit lagi ye..

kena naik atas ambulance

siap sedia dihantar ke hospital

Terima kasih kepada AllianZ Insurance atas servis yang telah disediakan kepada pelanggan anda. 

Tuesday 17 January 2012

Tudung

"pakai tudung x wajib..tapi tutup aurat yang wajib"-ustaz azhar idrus-



Friday 13 January 2012

untuk renungan bersama



Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah.


Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya.

Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan orang pandangan berbeza dengannya.

Jika ingin lihat amanahnya, lihat cara dia berurusan wang & duit denganmu.

Jika ingin lihat kawalan nafsunya, lihat cara dia berbicara dengan org berlainan jantina yg dia sukai.

- Ustaz Zaharuddin -

Thursday 12 January 2012

Tuesday 10 January 2012

Berbuat Baik

Sekadar berkongsi.. 
Berbuat baik & ikhlas membantu orang lain..



welcome



Setelah 3 tahun lebih sejak September 2008 berkhidmat di Miri, akhirnya satu perubahan pada background pintu utama ke office.. 


Good job to cik azyan. Melvin pun suka juak dengan suasana baru dalam pejabat kamekorang. 


Syukor paling beruntung kerna mendapat meja baru, pc baru & kerusi baru. Sik lupa station incharge, bang tinggom yang support untuk menceriakan pejabat kami

Sunday 8 January 2012

Taman Negara Mulu

Lapangan Terbang Mulu



Taman Negara Mulu adalah salah satu destinasi yang masih memelihara khazanah yang berharga. Terletak di tengah negeri Sarawak. Mulu boleh dihubungi dengan menggunakan pengangkutan udara yang disediakan oleh pihak MAS dengan mengambil masa selama 30 minit dari Miri. Selain itu juga, Mulu boleh dihubungi dengan menggunakan pengankutan air yang bermula dari daerah Marudi dengan mengambil masa sehingga 8 jam perjalanan.


Taman Negara Mulu

Jalan masuk ke Taman Negara melalui jambatan gantung

Di Mulu ada disediakan tempat penginapan kepada para pengunjung. Antaranya adalah Taman Negara Mulu, Royal Mulu Resort dan juga Homestay. Harga semurah RM20 satu malam sesuai untuk sesiapa saja yang datang ke Mulu untuk bersama keluarga dan rakan-rakan.


Royal Mulu Resort



Salah satu Homestay yang terdapat di Mulu


Ada pelbagai tempat yang menarik yang boleh dikunjungi di Mulu. Antaranya Gua Rusa, Gua Clear Water, Kolam Air Panas dan sebagainya. Terdapat sebuah perkampungan kaum Penan untuk dikunjungi. Ada terdapat pelbagai kraftangan yang dihasilkan untuk dijual kepada pelancong.


Sungai Melinau

Pintu masuk Gua Clear Water

Abraham Lincoln


Ada sebuah bukit berhampiran lapangan terbang mulu yang dinamakan sebagai Bukit Susu. Dari mana nama ini didapati? Lihat saja foto dibawah ini.




Sekiranya ingin mengetahui tenang gua-gua di Mulu boleh layari: http://www.mulucaves.org/wordpress/ . Di sini ada dinyatakan penemuan gua terbaru di Mulu.

Tuesday 3 January 2012

Berapa ramai suami yang boleh menjadi Imam?



Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk 
dan disuruh belajar. 
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay 
saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa 
hati. 

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak 
kahwin dengan awak!" 
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang 
anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka 
jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat 
belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan 
keluarga sebaliknya disuruh menumpukan 
perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal 
di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan 
tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. 

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya 
sang lelaki lagi dengan penuh semangat. 
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan 
kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar 
memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si 
gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-
geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang 
wanita jika tidak tahu memasak. 

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama 
menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau 
ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin 
ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. 

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur 
sebagai perkara utama dan ungkapan hendak 
memikat suami, perlu pikat seleranya sering 
diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu 
berpelajaran atau berjawatan tinggi dan 
penyumbang utama kewangan dalam 
rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji 
isteri lebih tinggi daripada suami. Namun 
kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa 
walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari 
ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di 
komputer mereka rasa lebih perlu. 

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan 
sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan 
setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh 
perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. 
Begitulah standard yang telah ditetapkan. 
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu 
kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, 
belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga 
sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman 
perumahan juga. 

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu 
bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang 
lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang 
menjadikan sembahyang jemaah di rumah 
bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain 
keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka 
bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki 
tentang kebolehan yang satu ini. 

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident 
menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak 
sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan 
isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia 
dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga 
menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang 
rugged menjadi imam. 

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana 
masyarakat memberatkan wanita perlu pandai 
memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus 
boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka 
sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi 
mangsa queen control. Kalau tidak pandai, 
belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, 
apa salahnya lelaki..