Sunday 11 March 2012

garfield



Tanggal 29.02.2012, tika keluar dari toilet aku ada mendengar bunyi anak kucing. Tercari-cari hinggalah berjaya kutemui. Menjadi persoalan, bagaimana anak kucing boleh berada dalam bilik SAR sedangkan pintu bilik itu ditutup dan tiada lubang untuk mana-mana kucing keluar masuk.

Aku panggil Eejan & Shadan untuk misi menyelamat. Pada mulanya, aku serahkan kepada Shadan untuk membawa anak kucing itu balik. Akhirnya Syukor yang membawa anak kucing itu balik dan dinamakan sebagai Garfield.

Entah berapa hari Garfield tidak makan mahupun minum. Aku telah belikan makanan untuk anak kucing. Pada hari pertama aku bawakan Garfield ke rumah Shadan untuk menumpang ibu susu kucing. Tetapi malangnya, ibu kucing tersebut tidak mahu untuk menyusukan Garfield. Aku bawa ke office dan suapkan makanan. Rakus sekali Garfield makan hinggakan jari-jariku dihisapnya. Tentu lapar. Selepas itu, aku letakkan di tingkat bawah sekiranya ada ibu kucing yang akan membawanya kembali ke sarang. Tetapi tiada dan aku putuskan untuk membawanya pulang.

Semalam, tiba-tiba Garfield rebah. Aku cuba lakukan terbaik untuk menyelematkannya. Seperti tiada harapan untuk dia hidup. Dengan semangat yang ada, Garfield melawan dan berbunyi seperti biasa. Alhamdulillah.. umur kau masih dipanjangkan.

Hari ini, tika tengahari seperti biasa untuk membersihkan ruang tidurnya, Garfield dalam keadaan agak lemah. Aku perhatikan kaki dan seluruh badannya sejuk kebiruan. Aku selimutkan Garfield untuk memanaskan badannya.

Masuk waktu maghrib, Garfield pergi dan tidak akan kembali lagi. Aku sedih dan menitis air mata semasa Garfield dikebumikan. Aku redha dengan pemergian Garfield. Semoga kau tenang di sana.

Garfiled baru lepas mandi

No comments:

Post a Comment