Thursday 22 December 2011

duit baru



KUALA LUMPUR 21 Dis. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memperkenalkan satu siri wang kertas dan duit syiling baharu yang akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012.

Wang kertas itu melibatkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 manakala duit syiling itu pula dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Duit syiling itu dilancarkan pada 25 Julai 2011 tetapi hanya akan berada dalam edaran Januari ini. Pelancaran wang kertas dan duit syiling itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. Ini kali keempat mata wang kertas baharu diperkenalkan dan kali ketiga untuk duit syiling.
Pelancaran wang kertas itu juga dilihat sebagai lanjutan kepada pengenalan wang kertas baharu dalam denominasi RM50 yang kini berada dalam edaran. Daripada semua wang kertas itu, hanya RM1 dan RM5 dihasilkan dengan penggunaan substrat polimer.

Menurut BNM, wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas.

''Ciri-ciri keselamatannya termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.

''Wang kertas itu juga boleh dikenal pasti melalui sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan,'' kata kenyataan itu.
Wang kertas siri baharu ini diinspirasikan daripada ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara.

''Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi,'' jelas bank itu lagi.
Sementara itu, BNM turut mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengenalan mata wang siri baharu ini.

Tiga jenis set wang kertas peringatan yang dijual adalah denominasi RM1 dan RM5 pada harga RM15 setiap satu, denominasi RM20 berharga RM30 setiap satu dengan jumlah terhad iaitu 500,000 set.
BNM turut menjual set premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300 setiap satu.

Ia mula dijual pada 22 Disember 2011 di Ibu Pejabat BNM (BNMLINK) dan cawangan-cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Saturday 17 December 2011

OMBAK RINDU

Fenomena 2011 sebuah filem diadaptasi daripada sebuah novel, Ombak Rindu yang ditulis oleh Fauziah Ashari. Sebuah hasil nukilan yang baik dan memainkan emosi. 



Lagu: Ombak Rindu - Hafiz & Adira

Lagu: Lara Lagi - Adira

TOMATO - filem pendek

Sebuah filem pendek tentang persahabatan.. 



Thursday 15 December 2011

HUDUD

Sekadar berkongsi maklumat & penjelasan supaya kita sebagai umat Islam tidak terpesong akidah. 




Bak kata Mat Lutfhi :



Tuesday 13 December 2011

ambal


AMBAL atau PEPAHAT sejenis makanan laut yang popular dikalangan orang Sarawak. Ambal adalah terdiri daripada keluarga siput. Bukan mudah untuk mengambil ambal. Salah satu cara dengan menggunakan kapur. Yalah cara tradisional untuk mengambil ambal di pantai.




Mun di luar musim ambal, harganya boleh mencecah RM18 sekilogram. Kebiasaannya ambal dijual RM12-16 sekilogram. 



Ambal boleh dimasak dengan pelbagai cara. Sama ada direbus dengan  serai atau pun dimasak dengan serbuk kari.









♥• perihal "PERKAHWINAN" ♥•


Kepada sahabat² yg akan/baru melangsungkan perkahwinan, post ni khas utk anda. 

WARNING:>Yang buruk jadikan sempadan<

perihal "PERKAHWINAN"

APABILA :

KAHWIN HANTARAN MURAH "ish! murahnya hantaran dia, ni mesti sengkek ni!"

KAHWIN HANTARAN MAHAL "ish! mahalnya? nak jual anak apa?"

KAHWIN UMUR MUDA "ish! muda-muda dah kahwin, ini mesti ade buat benda tak baik ni... tah-tah dah termengandung!"

KAHWIN UMUR LAMBAT "ish! dah tua baru nak kahwin, tu la muda-muda tak nak kahwin, org da beranak-pinak dia br nak kahwin... tak laku kot!"

KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL "ish! ni kahwin ke ape? kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sket!"

KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR "ish! besarnye majlis... kalah anak DATUK. nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kahwin kat dunia ni!"


BERSANGKA BAIKLAH.JANGAN DENGAR KATA ORANG YANG PENTING IKUT HUKUM SYARA'.
HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA.
NAK KAHWIN TAK SUSAH.. SEGALANYA DI TANGAN ANDA. :-)

Senarai Yang di-Pertuan Agong:


1. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Mangkat: 1 April 1960 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama)
Ditabal: 2 Sept 1957
Tempoh Jawatan: 3 Ogos 1957 – 1 April, 1960

2. SULTAN SELANGOR
Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala’iddin Sulaiman Shah
Mangkat: 1 Sept 1960
Ditabal: 1 Sept 1960 (mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua)
Tempoh Jawatan: Menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong sejak 4 April 1960 berikutan kemangkatan Tuanku Abdul Rahman)

3. RAJA PERLIS
Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Mangkat: 16 April 2000
Ditabal: 4 Jan 1961
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1960 – 20 Sept 1965 (Raja paling muda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pada usia 40 tahun)

4. SULTAN TERENGGANU
Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Mangkat: 20 Sept 1979
Ditabal: 21 Sept 1965
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1965 – 20 Sept 1970

5. SULTAN KEDAH
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Ditabal: 20 Feb 1971
Tempoh Jawatan: 21 Jan 1970 – 20 Sept 1975

6. SULTAN KELANTAN
Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Mangkat: 29 Mac 1979
Ditabal: 28 Feb 1976
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1975 – 29 Mac, 1979

7. SULTAN PAHANG
Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah
Ditabal: 10 Julai 1980
Tempoh Jawatan: 26 April 1979 – 25 April 1984

8. SULTAN JOHOR
Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
Mangkat : 23 Jan 2010
Ditabal: 15 Nov 1984
Tempoh Jawatan: 15 April 1984 – 25 April 1989

9. SULTAN PERAK
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Ghafarullahulahu Shah
Ditabal: 18 Sept, 1989
Tempoh Jawatan: 26 April 1989 – 25 April 1994

10. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Mangkat : 27 Dis 2008
Ditabal: 22 Sept, 1994
Tempoh Jawatan: 16 April, 1994 – 25 April, 1999

11. SULTAN SELANGOR
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah
Mangkat: 21 Nov 2001 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-11)
Ditabal: 23 Sept 1999
Tempoh Jawatan: 26 April 1999 – 21 Nov 2001

12. RAJA PERLIS
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Ditabal: 25 April 2002
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2001 – 13 Dis 2006

13. SULTAN TERENGGANU
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Ditabal: 26 April 2007
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2006 – 12 Dis 2011

14. SULTAN KEDAH
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (Dilantik untuk kedua kali)




Sunday 4 December 2011

UNTUK RENUNGAN KAUM ADAM & HAWA



Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calon idaman hatinya. Ini kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan dapat memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya kelak....

Yang harus cerewet pastinya adalah Wanita. Ini kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbingnya dengan baik didunia untuk dibawa bekalan di akhirat kelak...

Ini kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum...

Jika betul IMAMnya, maka betullah MAKMUMnya... Insya-Allah...