Sunday 4 March 2012

Air Oh Air


04.03.2012 seluruh penduduk Miri kecoh dengan bekalan air dari loji Lambir dihentikan. Ini adalah disebabkan berlakunya pencemaran tumpahan minyak diesel di Sungai Liku. Khabar angin bertiup kencang di halaman FB, bekalan air akan ditutup selama 3 hari.


Maka penduduk Miri pun bergegas ke pasaraya dan kedai-kedai berdekatan untuk membeli bekalan air bersih. Pada masa inilah peniaga mula mencekik darah pengguna. Pada hari biasa, harga sekotak air meneral botol saiz besar sekitar RM8.50. Dalam musibah yang berlaku ini, sekotak air mineral boleh mencecah sekitar RM30-RM40 sekotak. Ada rakan FB memberitahu, ada air mineral berharga RM70 sekotak yang dibawa dari negara Brunie Darussalam.



Pada mulanya aku malas nak ambil tahu tentang masalah air ini. Bagiku, mungkin hanya khabar angin semata-mata. Tapi apabila difikir semula, tidak mustahil akan ketiadaan air selama 3 hari. Dalam bekerja aku curi-curi balik ke rumah untuk menadah air untuk simpanan selama 3 hari. Sekadar cukup untuk membersihkan diri dan sebagai minuman. Dalam masa itu, timbul pula berita bahawa air di rumah tidak bersih. Dikhuatiri tercemar. Alahai.. Apa-apa pun aku tidak ambil peduli. Asalkan ada air dalam simpanan di rumah. 


Jika air kembali pulih seperti biasa pun, atleast air dalam simpananku boleh diguna semula. Tidaklah aku membazir wang untuk mendapatkan air mineral berkotak-kotak.

Semalam air kembali pulih sekitar jam 9.00 malam. Walaupun tekanan rendah atleast air masih lagi mengalir. Manusia memang cepat panik apabila berlaku musibah. Belum lagi dengan berita kekurangan gula, minyak masak, tepung.

Jika diimbas semula, setiap musibah berlaku ada hikmahnya. Mungkin sebagai peringatan daripada pencipta kepada hamba-Nya. Selain itu peristiwa ini memberitahu kepada diri kita sendiri untuk menghargai AIR. Tanpa elektrik kita masih mampu untuk meneruskan kehidupan tetapi tanpa air segalanya akan menjadi kelam kabut.



No comments:

Post a Comment